Edisi : Mencari Hamper Raya ? Lawat www.ehalal2u.com
haha macam budak kecik kan. punya la teruk dah tue dah bising lapar lagi. memang la lapar dah sah2 la poser. tapi ari nih super lapar la. apsal ek. selidik punya selidik sebab tak makan nasi. logik la kan. pagi tadi cume makan sandwich burger saje. semalam cakap ngan papa nak makan burger je so die kuar beli roti. so pagi ni aku buat la burger. punya sedap tadi kan. roti bakor dlm toaster. pastu gorengkan saje Sandwich burger yang sedap itu. dah tu letak plak lapisan cheese bedebah. oh terlupa pulak sapukan mayo pagi tadi. malam karang ulang balik la adegan memasak burger ini huhu.
tapi . . . pada jam 9 lebih tadi mula terasa lapar. hingga sekarang sudah jadi super duper lapar. haha pengajaran ayat nya di sini, sila makan nasi. walaupun tadi terkuar dari mulutku ini “iskh kenyang giler kot mkn burger nih lagi kenyang dari makan nasik” tapi rupenya kenyang nya tak sampai ke petang lapar nya saje sudah di tengah hari. hoho.
oh hari ni juge dapat emel dari komuniti pekerja INTER XS. kami akan berbuke di PICC ahad ini. *woot* buke poser free. suke2. papa pon tadi dah memberi kata putus boleh join. yeayyy. Jom la tengok nak alang2 tengah lapo ni ape ade di PICC nanti. ala cari punya cari takde gambo makanan. ade pamplet je

Actually tahun lepas pon diorg buat kat sini. pada waktu itu aku datang lambat. masa tuh kedatangan ku sebagai warga sales encoral. Bos aku kan ms tuh masih sales manager. oklah nak tido 5 minit haha cukup ke 5 min ingat ni masak megi ke 5 minit haha. oh baru dapat emel dari papa ari nih die buke poser kat opis. maka aku sorang aku nak makan nasi kerabu yeayyy. kalo ade papa tak boleh beli mkanan pelik2 neh.
adios bebeh~
Dari beberapa minggu sebelum poser lagi dok teringin nak makan Nandos. Dan akhirnya hari ini bersamaan hari ke 7 berpuasa saya berbuke makan Nandos. Yeay!
Sanggup tu tunggu. Ye la sampai Alamanda pon dah dekat kul 7. Mana lah nak ade meja kosong dah. Layankan anak2 yg nak famous amos then alas perut mkn Big Apple donut depan Nandos tu. Huhu bile ade meja kosong Zassss duduk order dan makan.
Alhamdullillah . . .
Posted with WordPress for BlackBerry.
Pada satu tengah hari yang tenang. aku dan seorg sahabat telah ke sebuah pusat membeli belah. tengok tengok sana tengok tengok sini. pilih punya pilih baju untuk para bapa. sekali eh jom naik dulu la tengok baju anak2. naik lah kami ni tadi. sementara nak sampai tingkat anak2 tu. tersinggah pulak di tingkat mak2. tengok2 lagi. pilih2 lagi. eh tak mo la weh nak beli bwh rm50 je. ok2 takde2 naik atas lagi la.
sampai di tingkat anak2 tengok2 pilih2. sy ade sini je tau. berpesan aku kepada kwn. selesai pilih sepasang je baju tido akma yang menarik hati. lain2 macam malas nak beli lagi. bayar dan dah2 jom balik2. turun lah kami semula ke tingkat bawah. sambil nak ke pintu kuar mata melilau lagi. oh baju menariknya tadi apsal tak nampak. benti2. tengok2 pilih2. hah murah2 jgn kata bawah rm50 malah bwh rm30. memula amik kaler pink. cari2 saiz. ehhh ade design yang sama kaler hijau. okeh2 eh SAYA TAKDE LAGI BAJU KALER HIJAU. NAK AMIK KALER HIJAU LA. pusing2 ke selonggok baju yang sama berwarna hijau. cari2 saiz. Pap! Ello kak baju yang pakai ni kaler hape? me terkesima kejap. Hah kaler hijau hahahaha. Motip dengan konfiden berkata SY TAKDE LAGI BAJU KALER HIJAU???? Oh Ciare maapkan la mak yang agak penin dengan keadaan 1st day berpuasa yang mana glukosa tidak cukup sampai ke otak. haha haru. lepas pada tuh memang kene perli je ngan ciare. nampak je benda kaler hijau. yang ni u ade ke kaler hijau ni. hahaha hampehhhh.
Baju yang dipakai pada hari kejadian
Saya takde baju kaler hijau lagi. Tara~ skang dah ade hehe :p sedondon ngan papa HIJAU!
New KDrama that im really excited to watch. I’ll introduce to you guys
Date of Airing: August 3rd after City Hunter
Broadcasting station: SBS
Time of Airing: Wednesday~Thursday 21:55
Director: Song Jung Hyun
Genre: Romantic comedy
Screenwriter: Kwon Ki Young
Number of Episodes: 16
The pilot episode aired yesterday on SBS. *woot* its got a good review by a lot of articles that i read here and there. Yaey Protect the boss fighting!
Here some details about the drama (as many of you guys might know why im so into this drama hehe)
Okay Jae jadi 2nd hero yang agak menyakitkan hati hehe nak take over company kezen sendiri. sakit hati ke tak huhu mari kite lihat sendiri charecter yang akan dikembangkan oleh Jae ini *woot*
Jom tengok Trailer citer nih
Menarik kan. huhu tak sabar nak tunggu sub keluar utk epi 1. RAW sedang donlod. Yeay.
Selamat menonton Cha MuWon! *woot*
semlm 1st day poser kan. alkisahnya Haris pon poser rupenya. ala kire poser la jugak walaupun die bersahur pukul 8 pagi. hehe. pagi semlm tak sangka pulak die nak puasa. jadi tak kejut la die sahur. bile dah time nak ke sekolah kejut macam biasa. then bg die sarapan koko krunch sebab risau bln2 poser ni kat sekolah takde pulak nanti cikgu nak melayan die. pehtu kami pon kuar umah macam biasa.
balik jam 5 lebih terus kelam kabut amik anak2. bile dalam keta mama pon tanya. abang poser ke. abang pon jawab puasa la mama. ye ke abang tak makan ke kat sekolah. tak. minum pon tak ke abang. tak. kan puasa tak boleh makan tak boleh minum. kawan2 abang pon puasa. die pon sebut la nama2 kawan2 die. tadi cikgu kata Haris puasa ke. abang kata ye puasa. pastu cikgu suruh abang naik atas. sape puasa dok atas kalau tak puasa dok bawah. cerita die.
Ooooo anak mama poser rupenya. pastu balik kene la masak sup. sebab abang nak makan. kalo takda sup tak makan. tapi nak menunggu azan tu punya la payah. mama abang dah nak pengsan ni. mama pukul bape baru boleh makan ni. mama abang nak ribena. abang nak air milo. abang nak nasi. haha memacam die mintak. kejap2 tengok jam. bile kata tunggu pukul 7. bile dah pukul 7 tak boleh lagi memang la die hangin hehe. pastu kata tunggu azan. pegi dok kat pintu dengar. sampai kan papa kene melayan die men game la layan sembang la. hehe comel betul la bile ingat balik. tapi memang tak sangka la die kuat pulak. Alhamdullillah anak mama kuat yeay. teruskan usaha mu anak ku. at last bile dah azan terpa air ribena dan makan nasi sup ayam die. tambah sampai 3 kali. papa pulak hadiah kan die secawan eskrem yeay!
bile tengok die dah boleh tu citer2 ngan die pasal sahur. dah pesan esok kene bangun kul 5 untuk makan. then pagi tadi lepas semua dah siap kejut papa then kejut Abang. senang je die bangun. suap die makan nasi. minum air milo then tanya ape lagi teringin nak makan. die makan la kopok super ring die dan coklat. minum air kosong kemudian kami pon tido semula.
macam mana la agaknya petang ni. tunggu esok punya citer pulak. huhu ok la nak pulang dah. Semoga abang berjaya menghabiskan puasa hari ini. Amin~











