Archive for the ‘general’ Category

PostHeaderIcon Magic Hair Drying Cap

Apa itu ek? Okeh okeh meh tengok gambar kat bawah ni

Mana beli? Hmm beli kat Giant Kinrara je hari tu. kebetulan terjumpa.

Berkesan ke? Apa yang magic nya? Dah pakai berkali kali dah. Berkesan juga. lebih cepat kering la berbanding pakai tuala biasa. katanya sebab kain yang ni microfiber

Apa yang bestnya? Best pakainya sebab kemas je. ade button sumer. kemas dan selesa.

hehe dah terjumpa hari tu teruja pulak tengok. terpikir ada juga benda macam ni ye. ok la try je la kan. sebab umah kita takda hair dryer.

PostHeaderIcon Seiring dan Sejalan ~

Seindah bunga di taman ~

hehe tapi yang ini bunga ditaman hati saya. Adik dan Abang. Sekarang suka sangat suruh Abang pimpin tangan Adik dia kalau berjalan. Adik nya pun suke je, sengih je kalau jalan pimpin tangan dengan Abang. Tapi kalau tetiba ada benda menarik minat dia. Dia akan brek mengejut dan berhenti untuk mencapai benda itu. masa tu Abang dia pun buat dek je teruskan perjalanan. kene la mama juga yang pergi mendapat kan si Adik tadi.

Geram betul tengok. makin hari mereka berdua makin adorable, cute. kadang kadang ada juga bergaduh, berebut. saya suke je tengok diorang kalau berebut. saya biar je. bukan nak leraikan. saja nak tengok. Adiknya boleh tahan juga melawan. tapi selalunya Abang akan menang sebab memang Adik yang salah suka kacau mainan Abang. yang orang tengah main yang dia suka. kalau orang tak main terbiar saja mainan tu takda siapa pun heran.

Seronok nya bile teringatkan keletah anak anak. time diorang main lari lari, gelak geli kene geletek. memang menjadi hiburan sungguh. :)


PostHeaderIcon Testing upload video

Disebabkan baru update ke wordpress version baru jadi mengambil kesempatan ini untuk explore. Thanks Papa tolong mama update. huhu lebih semangat nak berblogging. hehe

tadi dah cuba upload video and audio tapi rupanya die akan keluar download link saja. kene download dulu video baru boleh buka. jadinya kali ini saya cuba embed kan nak tengok berhasil tak.

Ini adalah audio rekod dan saya editkan menjadi video slideshow. masa ni Haris baru 2 tahun lebih. Dia menyanyi Boria. yang dia sebut tu ialah “Assalamualaikum kami ucapkan. Boria Seri Cahaya kami persembahkan” hehe sangat comel dengan pelat pelat nya. pastu bile dah buhsan menyanyi termasuk sekali la adegan ultraman dia tu. da bertahun tahun dia minat giler kat Ultraman. Abang oh abang.
lepas tengok video ni tadi. mengalir airmata. sob sob. cepatnya masa berlalu. dia dah ada adik pun. sedih bercampur kesal sebab sekarang dia dah besar masih comel tapi agak moody. selalu je kene marah. Mama sorry ye Abang. semalam ada juga tanya dia. abang, abang ada tak rasa mama tak sayang abang, kalau mama marah abang. dia kata abang rasa mama sayang abang je. mama pon kata memang la mama mestila sayang abang. pastu tanya lagi, abang ada tak rasa jeles kat adik. abang kata tak tak tak pun. abang sayang adik pun. Hmmm Alhamdullilah. Mama sayang sangat anak anak mama. Adeih teremosi la plak pepagi bute nih.

okeh roger and out.

Nota kaki: apsal embed kan twitvid x leh ni adeih. jenuh. last last embed dari http://yfrog.com/

PostHeaderIcon Senyum sengih

Sengih ialah bila  kita tersenyum yang terlampau hehe. Ini yang berlaku kepada si cute Akma hehe. bile kita suruh dia senyum diA akan buat muka cam ni.

Ini adalah posing senyum untuk Akma. Kalau kita suruh buat muka busuk. lebih kurang macam pose kat atas jugak cuma die akan lambai lanbai tangan die kat hidung dia. busuk la tu. kalau suruh buat pedas macam mana adik. die akan buat bunyi huh huh sambil muncungkan mulut dia.

satu citer best baru baru ni. dia asyik la sebut papa papa papa. So aku pun ajar la dia papa takda papa keje. sebut adik keeejeee (kata mama) *adik buat tatau je. keje sebut adik (kata mama lagi) *adik buat tatau lagi. mama pun geram papa keje keje sebut adik keje keje cakap cakap. *adik pun tengok mama terus terkeluar perkataan ‘tatap tatap’ (cakap cakap). aik, mama bukan suruh sebut cakap cakap. mama suruh sebut keje la. adeihhhh adik oh adik.

PostHeaderIcon Lirik Lagu Rossa – Hati Yang Kau Sakiti

Now ni suka sangat dengar lagu ni. kalau kat office siap pasang buka lirik nyanyi sekali hehe. Dah agak dah lagu ni mesti ost sinetron mana mana. sekali tanya pakcik Google tadi tau dah. OST sinetron Air Mata Cinta. Aku sorang je ke tatau. tak pe sekarang sudah tau huhu

Jom nyanyi :-

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

Credit to liriklaguindonedia.net

Bonus di entry kali ini Download link  (Credit to www.muzixmp3.tk)

PostHeaderIcon Lirik Lagu Mama Papa – Ning Baizura

Adakah mungkin ikan… Lemas di air
Adakah mungkin orang… Lemas dek udara
Segala yang terlampau, membawa bahaya
Serupa jua cinta… pun membunuh

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Chorus:
Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa
…Mama sayangi Papa

Mungkin terlalu manis… Menjadi racun
Mungkin terlalu pahit… Pun menjadi kacau
Hidup perlukan drama, barulah berwarna
Kembalikan yang suam… balik hangat

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Chorus:
Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa

Bridge:
Seringkali alam kenyataan… Pelik dari alam khayalan
Seringkali mudah tak hiraukan… Dari mencapai sebuah pengertian

(Lagu: Audi Mok, Lirik: Ad Samad)

Credit to Bilakepalabergetar

We’re SoulMate

photo0948.jpg

Mama dan Papa

PostHeaderIcon Bandana dipakai oleh si kecil

Entry bergambar anak anak mengayakan bandana. hehe dah lama dah beli bandana ni. masa haris berumur dalam 2 tahun. masa tuh pegi tioman, so beli dekat sana sebagai kenangan. Haris dulu masa kecik jenis tak kisah. letak la ape pun atas kepala dia. dia ok je. tapi now ni dah tak nak dah. kalau ada mood sesekali boleh la disuruh pakai cap/topi.

Akma pulak sebelum ni okay je. ikatkan rambut sepit sana sepit sini. memacam fesyen la dok buat. pakaikan topi memacam jenis. sekarang nih jangan harap. letak je topi tak sampai seminit dah kene tarik. ikat rambut pun kalau dia buleh tarik memang ditariknya. tak dapat nak bagi dia comel dan bergaya lansung hehe

photo2487.jpg

 Akma dengan sengihnya

photo2489.jpg

 Abang yang tengah asyik main game kene pakai bandana pulak

 

Nasib baik tak ada stok Buff untuk budak kecik. kalo tidak boleh 2 beradik ni jadi model untuk mama promo buff. hehe nak tau ape itu buff ke. ala dia pakai di kepala juga macam bandana ni. tapi kegunaan dia pelbagai lagi. Jom la tengok sini –> BUFF .  aku pakai juga buff ni buat anak tudung. kalau tak ikat rambut pun tak rimas sangat sebab dia elok je dalam buff. so kalo time rambut tak sempat tunggu rambut kering betul dah nak pakai tudungkan senang la. kebanyakan orang yang aktif untuk aktiviti outdoor guna buff ni.

 

Ok itu saja untuk entry kali ni. tata for now

PostHeaderIcon Berjumpa Ultraman Mebius

Salam dan Hi,

hehe pembukaan yang skema. yela sebab sejak dua menjak ni dok baca-baca tips dari blogger-blogger tegar. bagus dan berguna. Bukan nak buat duit sangat pun melalui bloging ni. just sebagai hobi. tapi kalo sambil menyelam minum air apa salahnyakan

Berbalik kepada tajuk entry. hari sabtu lepas, bangun pagi papa tetiba  tunjuk calender kat henfon dia. hari ni ada seisi berjumpa peminat untuk Ultraman Mebius. So rasa macam nak bawa Haris. Tapi dok berbelah bagi sebab event tu petang. takut karang ramai, sesak pastu lama pula, tak sempat pula nanti nak berbuke di rumah K.Lela.

Tapi at last bawa la juga pergi. Sampai Mines dalam pukul 3 petang. ingatkan dah lambat rupanya event tu start pukul 4 petang. Masa tu orang pon tak ramai sangat. kitorang antara yang depan sekali. Makin lama bila ramai orang jadi makin kebelakang. tapi disebabkan ada stroller Akma jadi orang tak dapat nak menyelit kat tempat kitorang. tapi bile penganjur kata kene beli dvd baru dapat bergambar dengan Ultraman, jadi aku pun terpaksa keluar dari tempat aku tu. kekonon nak chop tempat aku letak stroller Akma kat situ. Memang serabut la kot kan. Dengan mendukung Akmanya pastu dok pegang tangan Haris. Papa dia keje. Aku sorang diri je pegi.  Dah settle beli dvd, pi balik tempat tadi memang dah kebelakang la stroller tu. diorang dah keluarkan. Jadinya kami dah dok kat belakang. Haris pula dah tak nampak stage. So naik la ke tingkat atas untuk bagi nampak.

photo2492.jpg

Beginilah tahap kesesakan depan stage

Bila Ultraman dah appeared kat stage, excited la 2 orang budak kecik ni. hehe Akma sampai melompat lompat. pelik juga la mana pula die kenal Ultraman Mebius ni. Haris senyum sampai ke telinga. tapi muke dia nampak blur blur sikit. agaknya tergamam tengok Ultraman depan mata. tak pun pelik pasal apa la Ultraman ni kecik macam orang biasa je.  aku tanya dia,suka tak dapat tengok Ultraman, mengangguk laju je.

photo2495.jpg

Taraaaa~ Akulah Ultraman Mebius Fire!

Tetiba dia kata ok siapa yang beli dvd yang nak bergambar boleh la beratur belah kiri stage. masa tu kitorang kat tingkat atas lagi. tengok kat bawah orang dah ramai beratur. panjang dan sesak. tanya Haris, abang nak tangkap gambar dengan Ultraman tak. Dia kata tak payah pun tak apa.  So sambung tengok lagi aksi diorang yang bergambar. Ada tu, mak bapa yang lebihnya hehe. Yela Ultraman ni dah jadi superhero zaman zaman kita dulu ye tak. Oh ye, Ada juga contest posing gaya Ultraman. Nak suruh Haris masuk tapi DJ tu, aku angkat tangan dia tak pilih pon. adakah dia ingat aku yang nak naik pentas dan posing haha oh tidak tidak. Aku angkat kat tangan untuk anak aku ler. aishhh. masa contest ni kitorang kat bawah lagi. habis contest baru Ultraman keluar kitorang pun naik atas.

photo2501.jpg

Inilah muke orang seronok dapat jumpe idola dia hehe. kat belakang tu tengah seisi bergambar

So dalam pukul 5 lebih kitorang beransur la bergerak ke bangi. nak berbuka takut lambat pula. lagipun dah janji dengan K.Lela nak buat Apple pie. hehe. Begitulah kisahnya satu hari di fanmeeting Ultraman Mebius. hehe dah macam artis kpop mama pula la Ultraman ni dok buat fanmeeting

photo2465.jpg

  Haris dok posing ala Ultraman. masa ni mama minta dia try baju raya.

Mood Meter
September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Archives
StatPress
Visits today: 55 Total :24344
Shout out loud!

ShoutMix chat widget
Tweet tweet