PostHeaderIcon Mengapa?

Hurm ape nak jadi nih. apsal la kejam sgt. kalo x nak sekali pon jgn la main buang2 bunuh2. bg jek la kat hospital ke rumah kebajikan ke. uwaaa kesiannya.

manusia semakin hari semakin kejammmm. Hari nih saje dlm paper 3 kes buang bayi. sedey la baca. :(

ini adalah pic. Baby Haris berumur 5 bulan. nikmat sungguh tgk muke die tido.yg buang2 bayi tuh x rs nikmat lagi tuh

Bayi ditemui dalam beg plastik

KUALA LUMPUR 2 April – Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui di dalam sebuah beg plastik berwarna gelap di bahu jalan di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini hari ini.

Mayat dipercayai berusia sehari dan masih memiliki tali pusat itu ditemui oleh seorang suri rumah kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan tersebut kira-kira pukul 8.15 pagi ini.

‘‘Sepasukan anggota polis yang dikejarkan ke sana kemudian menemui mayat bayi ditinggalkan dalam sebuah beg di sebuah tapak pasar malam. Mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi pemeriksaan lanjut dan polis sedang mengesan mereka yang terlibat dalam perkara ini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md. Yassin di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Sementara itu, suri rumah tersebut, Salekho Ishak, 50, berkata, beliau menemui mayat bayi itu secara kebetulan ketika dalam perjalanan pulang selepas berjogging di kawasan berdekatan.

Menurutnya, beliau pada mulanya tidak menyangka dalam beg tersebut berisi mayat bayi tetapi bentuk beg plastik berkenaan amat mencurigakan.

Jelasnya, mayat bayi itu dibalut dengan kain lampin dan disumbat ke dalam beg plastik tersebut

Bayi dibuang ke dalam sungai

KUALA LUMPUR 2 April – Mayat bayi lelaki yang masih memiliki tali pusat ditemui di tepi anak sungai berhampiran Kelab Selangor Darul Ehsan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, ia ditemui kira-kira pukul 3 petang oleh seorang wanita yang melalui jalan tersebut.

‘‘Ketika ditemui, bayi itu yang sempurna sifatnya tidak berpakaian dan mengalami kesan luka di bahagian punggung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penemuan itu adalah yang kedua dalam sehari, selepas satu mayat bayi lelaki ditemui di tapak pasar malam di Wangsa Maju.

Bayi dibunuh sebelum dicampak

KOTA BHARU 2 April – Bayi perempuan yang mayatnya ditemui tersangkut di ranting kayu di dasar Sungai Bukit Abal Pasir Puteh dua hari lalu dipercayai dibunuh sebelum dicampakkan ke situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, bayi itu masih hidup ketika dilahirkan tetapi mulutnya dipercayai telah disumbat dengan tisu bagi melemaskannya.

‘‘Perbuatan kejam itu menjadi punca utama bayi yang baru dilahirkan itu mati sebelum dimasukkan dalam bungkusan plastik dan dibuang ke sungai,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, hasil bedah siasat juga menunjukkan terdapat kesan luka di halkum bayi itu yang dipercayai dilahirkan kira-kira seminggu lalu dengan seberat 2.3 kilogram.

Mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu ditemui oleh empat pelajar ketika mereka sedang mencari ikan di sungai berkenaan, kira-kira pukul 2 petang.

Mayat yang tersangkut pada ranting pada awalnya disangkakan anak patung dalam plastik yang koyak tetapi ia mengejutkan mereka apabila ternampak tali pusat.

Mereka segera memberitahu penduduk kampung yang kemudiannya membuat laporan polis.

‘‘Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabit kesalahan boleh dihukum sampai mati,” katanya.

Mazlan memberitahu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta segera menghubungi balai polis berdekatan atau menerusi talian 09-786722.

Beliau juga berharap klinik-klinik swasta turut memberi kerjasama dengan melaporkan kepada polis jika ada wanita selepas bersalin datang mendapatkan rawatan.

Pic. Spam Baby Haris

One Response to “Mengapa?”

  • eZa says:

    eii!! aku mmg geram ngn setan2 yg buang2 baby nih!!! nyampah! berita tuh sume aku x sanggup nk bace, bace tajuk pon dh sedih… :(

Leave a Reply

Mood Meter
April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Archives
StatPress
Visits today: 14 Total :24613
Shout out loud!

ShoutMix chat widget
Tweet tweet