PostHeaderIcon Magic Hair Drying Cap

Apa itu ek? Okeh okeh meh tengok gambar kat bawah ni

Mana beli? Hmm beli kat Giant Kinrara je hari tu. kebetulan terjumpa.

Berkesan ke? Apa yang magic nya? Dah pakai berkali kali dah. Berkesan juga. lebih cepat kering la berbanding pakai tuala biasa. katanya sebab kain yang ni microfiber

Apa yang bestnya? Best pakainya sebab kemas je. ade button sumer. kemas dan selesa.

hehe dah terjumpa hari tu teruja pulak tengok. terpikir ada juga benda macam ni ye. ok la try je la kan. sebab umah kita takda hair dryer.

PostHeaderIcon Seiring dan Sejalan ~

Seindah bunga di taman ~

hehe tapi yang ini bunga ditaman hati saya. Adik dan Abang. Sekarang suka sangat suruh Abang pimpin tangan Adik dia kalau berjalan. Adik nya pun suke je, sengih je kalau jalan pimpin tangan dengan Abang. Tapi kalau tetiba ada benda menarik minat dia. Dia akan brek mengejut dan berhenti untuk mencapai benda itu. masa tu Abang dia pun buat dek je teruskan perjalanan. kene la mama juga yang pergi mendapat kan si Adik tadi.

Geram betul tengok. makin hari mereka berdua makin adorable, cute. kadang kadang ada juga bergaduh, berebut. saya suke je tengok diorang kalau berebut. saya biar je. bukan nak leraikan. saja nak tengok. Adiknya boleh tahan juga melawan. tapi selalunya Abang akan menang sebab memang Adik yang salah suka kacau mainan Abang. yang orang tengah main yang dia suka. kalau orang tak main terbiar saja mainan tu takda siapa pun heran.

Seronok nya bile teringatkan keletah anak anak. time diorang main lari lari, gelak geli kene geletek. memang menjadi hiburan sungguh. :)


PostHeaderIcon Insa – KMovie OST A Millionaires First Love

Insa mean greetings. This is the movie that open back my heart to kpop world after the long rest (married). and this is the song that made me searching for DBSK/TVXQ. This movie started it all. Lets enjoy this ballad with all your heart.

Credit to : cityincolors@yt

Now with DBSK/TVXQ is in the middle of crisis, all I have, just the faith and hope that the boys will be together again. also the good old days fangirling memory. Always keep the faith.

Quote from Kiss the baby sky lyrics:

My Hero, My Max, My Uknow, My Xiah and Micky, You’re the one eternally

PostHeaderIcon Testing upload video

Disebabkan baru update ke wordpress version baru jadi mengambil kesempatan ini untuk explore. Thanks Papa tolong mama update. huhu lebih semangat nak berblogging. hehe

tadi dah cuba upload video and audio tapi rupanya die akan keluar download link saja. kene download dulu video baru boleh buka. jadinya kali ini saya cuba embed kan nak tengok berhasil tak.

Ini adalah audio rekod dan saya editkan menjadi video slideshow. masa ni Haris baru 2 tahun lebih. Dia menyanyi Boria. yang dia sebut tu ialah “Assalamualaikum kami ucapkan. Boria Seri Cahaya kami persembahkan” hehe sangat comel dengan pelat pelat nya. pastu bile dah buhsan menyanyi termasuk sekali la adegan ultraman dia tu. da bertahun tahun dia minat giler kat Ultraman. Abang oh abang.
lepas tengok video ni tadi. mengalir airmata. sob sob. cepatnya masa berlalu. dia dah ada adik pun. sedih bercampur kesal sebab sekarang dia dah besar masih comel tapi agak moody. selalu je kene marah. Mama sorry ye Abang. semalam ada juga tanya dia. abang, abang ada tak rasa mama tak sayang abang, kalau mama marah abang. dia kata abang rasa mama sayang abang je. mama pon kata memang la mama mestila sayang abang. pastu tanya lagi, abang ada tak rasa jeles kat adik. abang kata tak tak tak pun. abang sayang adik pun. Hmmm Alhamdullilah. Mama sayang sangat anak anak mama. Adeih teremosi la plak pepagi bute nih.

okeh roger and out.

Nota kaki: apsal embed kan twitvid x leh ni adeih. jenuh. last last embed dari http://yfrog.com/

PostHeaderIcon Senyum sengih

Sengih ialah bila  kita tersenyum yang terlampau hehe. Ini yang berlaku kepada si cute Akma hehe. bile kita suruh dia senyum diA akan buat muka cam ni.

Ini adalah posing senyum untuk Akma. Kalau kita suruh buat muka busuk. lebih kurang macam pose kat atas jugak cuma die akan lambai lanbai tangan die kat hidung dia. busuk la tu. kalau suruh buat pedas macam mana adik. die akan buat bunyi huh huh sambil muncungkan mulut dia.

satu citer best baru baru ni. dia asyik la sebut papa papa papa. So aku pun ajar la dia papa takda papa keje. sebut adik keeejeee (kata mama) *adik buat tatau je. keje sebut adik (kata mama lagi) *adik buat tatau lagi. mama pun geram papa keje keje sebut adik keje keje cakap cakap. *adik pun tengok mama terus terkeluar perkataan ‘tatap tatap’ (cakap cakap). aik, mama bukan suruh sebut cakap cakap. mama suruh sebut keje la. adeihhhh adik oh adik.

PostHeaderIcon Lirik Lagu Rossa – Hati Yang Kau Sakiti

Now ni suka sangat dengar lagu ni. kalau kat office siap pasang buka lirik nyanyi sekali hehe. Dah agak dah lagu ni mesti ost sinetron mana mana. sekali tanya pakcik Google tadi tau dah. OST sinetron Air Mata Cinta. Aku sorang je ke tatau. tak pe sekarang sudah tau huhu

Jom nyanyi :-

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

Credit to liriklaguindonedia.net

Bonus di entry kali ini Download link  (Credit to www.muzixmp3.tk)

PostHeaderIcon Lirik Lagu Mama Papa – Ning Baizura

Adakah mungkin ikan… Lemas di air
Adakah mungkin orang… Lemas dek udara
Segala yang terlampau, membawa bahaya
Serupa jua cinta… pun membunuh

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Chorus:
Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa
…Mama sayangi Papa

Mungkin terlalu manis… Menjadi racun
Mungkin terlalu pahit… Pun menjadi kacau
Hidup perlukan drama, barulah berwarna
Kembalikan yang suam… balik hangat

Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat
Cinta berubah… dan evolusinya
Dari asmara jadi rumah tangga
Seperti mama dan papa

Chorus:
Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa

Bridge:
Seringkali alam kenyataan… Pelik dari alam khayalan
Seringkali mudah tak hiraukan… Dari mencapai sebuah pengertian

(Lagu: Audi Mok, Lirik: Ad Samad)

Credit to Bilakepalabergetar

We’re SoulMate

photo0948.jpg

Mama dan Papa

PostHeaderIcon Kdrama – SungKyunKwan Scandal

Okay another review for future kdrama. satu lagi kdrama yang ditunggu tunggu. sebab apa? sebab ada Micky YooChun. sape Micky? one of TVXQ/DBSK member. Yeay! This is his debut in kdrama. so nak sangat tengok lakonan dia. dalam DBSK dia adalah seorang yang sangat emotional. ingat lagi dalam Banjun Teater pun EunAh ada kata Micky yang paling beremosi. huhu

So, citer ini akan bermula pada 30th August air pada slot Isnin dan Selasa jam 9.55 pm (waktu korea) di KBS. huhu seronok sebab air kat KBS tak lama lagi akan air kat KBSW di Astro Channel 303.

sungkyunkwan-scandal_poster.jpg

bsbhfhjf.jpg

Meh tengok review.

SungKyunKwan Scandal is a youthful and romantic historical drama. It is based in Sung Kyun Kwan back in the olden Korea times. due to the weak health of her younger brother, the female lead takes part in an examination disguised as a boy and ends up being enrolled into Sung Kyun Kwan due to the outstanding results obtained. She later meets the three characters played by Yoochun, Song Joong Gi and Yoo Ah-in, triggering the start of a campus love story.

sfjhfjhg.jpg

Citer ni ala ala BOF versi lama hehe ye la lelaki ade 4 orang macam F4 . yang kes dok menyamar sebab ganti tempat abang dia dah macam Go MiNam la pulak.

shfjhgkjg.jpg

 

Apapun memang tak sabar nak tunggu. huhu dah lama tak jumpe Micky. Good Luck Micky ye. (hehe macam la micky baca, baca pun tak paham)

Mood Meter
September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Archives
StatPress
Visits today: 55 Total :24344
Shout out loud!

ShoutMix chat widget
Tweet tweet